Siapakah kami

SafeFood4Children adalah satu projek baru yang bertujuan untuk menjaga kesihatan kanak-kanak dan mengelakkan daripada berlakunya insiden tercekik disebabkan oleh makanan di kalangan kanak-kanak yang berusia diantara 0 hingga 14 tahun.

Kejadian tercekik disebabkan oleh benda asing merupakan punca utama kematian di kalangan kanak-kanak yang berumur 0 hingga 3 tahun; dan merupakan faktor penting di kalangan kanak-kanak yang berumur sehingga 14 tahun. Di negara Eropah, kira-kira 500 kanak-kanak mati disebabkan oleh insiden tercekik benda asing setiap tahun.

Melalui 5 matlamat kami adalah untuk mengurangkan risiko tercekik disebabkan oleh makanan yang berbahaya melalui video yang ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penyediaan dan pemberiaan makanan kepada kanak-kanak. Kemalangan seperti ini sering tidak disebabkan oleh nasib atau peluang. Dengan itu pemberian maklumat yang mencukupi dapat mengurangkan jumlah kematian secara drastik.

Ini adalah satu Massive Open Online Course (MOOC) atau Kursus Terbuka Online yang boleh diekses melalui laman web kami yang dicipta oleh Prochild, Universiti Padua dan Hospital Garrahan di Buenos Aires. Malah projek ini dibiayai bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa negara Itali.

Dario Gregori
Dario Gregori
Fondatore Progetto
SafeFood4Children
Professore di Biostatistica
Responsabile dell’Unità di Biostatistica, Epidemiologia e Sanità Pubblica, Università di Padova
Solidea Baldas
Solidea Baldas
Project Manager,
Prochild Onlus

Kami adalah

Università di Padova
Hospital de Pediatria Garrahan
Prochild Onlus

SF4C telah direalisasikan dengan sokongan Kementerian Itali Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa
dan terima kasih kepada data yang disediakan oleh Pejabat Pendaftaran Antarabangsa Susy Safe

Ministero degli Affari Esteri
SusySafe

Kami adalah pengasas

SafeFood4Children bekerja bersama-sama dengan entiti di seluruh dunia teh untuk mencapai matlamat utamanya: meresap satu maklumat yang mencukupi untuk mencegah risiko tercekik Umur pediatrik.

Be Smart Don't Choke
Società Italiana di Medicina di Emergenza ed Urgenza Pediatrica

Yang mempunyai kepercayaan dalam matlamat projek ini

Dalam seksyen ini, anda boleh melihat Syarikat-syarikat yang menyokong projek kami.

Pizzeria Eureka Trieste
Eataly
Urbanwear Trieste

2015
SafeFood4Children

SafeFood4Children merupakan suatu projek baru yang bertujuan untuk melindungi kesihatan kanak-kanak dan mencegah insiden tercekik makanan dikalangan kanak-kanak yang berumur diantara 0-14 tahun. Ia adalah satu Kursus Terbuka Online yang boleh diekses melalui laman web kami yang dicipta oleh Prochild, Universiti Padua dan Hospital Garrahan di Buenos Aires. Malah projek ini merupakam satu projek yang dibiayai bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa negara Itali.

 
 

Matlamat kami

Objektif projek ini adalah untuk melindungi kesihatan kanak-kanak dan mengelakkan insiden tercekik makanan. Objectif ini boleh direalisasikan melalui usaha bersama diantara semua orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak-kanak dan diantara mereka yang terlibat dalam kegiatan penyediaan dan pemberian makanan kepada kanak-kanak

Bagaimana untuk mengelakkan kemalangan

Massive Open Online Cpurse (MOOC) atau Kursus Terbuka Online ini adalah medium utama yang dipilih untuk mebcapai kepada orang ramai di dunia. Kursus yang berjenis video ini adalah percuma dan dapat diekses melalui laman web ini.

 
 

Projek dengan kepentingan utama dalam Kerjasama Sains dan Teknologi

Pada tahun 2011, kerjasama di sebalik projek “Pembinaan sistem risiko taksiran bersama Itali-Argentina untuk mengawal risiko kemalangan benda asing di kalangan kanak-kanak” telah menerima kepentingan utama sebagai salah satu rangka dalam Projek Kerjasama Sains dan Teknologi. Di samping mencapai keputusan yang penting, ini telah membawa kepada penciptaan projek pencegahan ini.